MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN OLEH AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

TBS HQ : Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Affin Islamic Bank Berhad bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 25 Februari 2022. Majlis disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari dan disempurnakan oleh YBhg Datuk Wan Razly Wan Abdullah, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad bersama YDP MIS YBhg Datu Hj Misnu Bin Hj Taha.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Datu Hj Abg Mohd Shibli B. Hj Abg Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak serta rombongan dari Affin Islamic Bank Berhad.

#TabungBaitulmalSarawak #ProdukAgihanZakat #DakwahZakat #KitaJagaKita #BantuKamiBantuMereka #UmmahDistributionCentre #PembayarZakatHeroAsnaf