Penyerahan Zakat Perniagaan BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

KUCHING, 30 Julai - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menerima pembayaran Zakat Perniagaan BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD berjumlah RM234,979.04 bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijriah bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak hari ini. Zakat tersebut telah diserahkan kepada YB Datuk Ir. Haji Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak sekaligus merangkap Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf, manakala BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD diwakili Encik Sudaryo Haji Osman, Pengurus Cawangan, Kuching.