PENYERAHAN BANTUAN PEK MAKANAN KASIH KENYALANG KEPADA ENCIK AZIZ BIN SUHANAH DI MASJID AT-TAQWA, KAMPUNG LADANG BARU LAWAS

TBS Pejabat Perhubungan Lawas : Penyerahan Bantuan Pek Makanan Kasih Kenyalang (BKK) kepada Encik Aziz Bin Suhanah, mewakili Ketua Kampung Ladang Baru untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang dikenakan perintah kuarantin di rumah. Penyerahan bertempat di Masjid At-Taqwa, Kampung Ladang Baru, Lawas pada 10 November 2021.