Misi Penghantaran Bantuan Air Mineral Kpg.Salak

KUCHING, 15 JULAI - Misi penghantaran 110 kotak air mineral ke Kpg.Salak (pulau) telah diusahakan oleh beberapa orang pegawai TBS pada 15hb Julai 2013. Penduduk kampung tersebut menghadapi kekurangan bekalan air bersih apabila ketiadaan hujan sejak beerapa minggu yang lepas. Mereka hanya bergantung kepada air telaga yang tidak terjamin kebersihannya apabila tadahan air hujan sudah kekeringan.

TBS telah menyerahkan bantuan kepada ibu tunggal(balu) yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah di Kpg.Salak, Kuching pada 15hb.Julai 2013.

 

Penghulu Haji Wahid mewakili penduduk kampung berterima kasih kepada TBS yang prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi selama ini.