PENYERAHAN BANTUAN PEK MAKANAN KASIH KENYALANG KEPADA URUSETIA SAUDARA KITA (USK) SUNGAI ASAP KOYAN BELAGA

TBS Cawangan Bintulu : Penyerahan Bantuan Pek Makanan Kasih Kenyalang kepada Urusetia Saudara Kita (USK) Sungai Asap Koyan Belaga sebanyak 41 pek makanan untuk diagihkan kepada saudara baru (muallaf) yang tinggal di kawasan Sungai Asap Koyan Belaga. Penyerahan diwakili oleh Puan Norayu Chen Abdullah, Pengerusi USK Sungai Asap Koyan Belaga bertempat di Restoran Soto Nur, Bintulu pada 13 Julai 2021.