PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PEK MAKANAN KEPADA KK MOKHTAR MEWAKILI PENDUDUK KPG GOEBILT

KUCHING, 16 Jun 2021, Tabung Baitulmal Sarawak telah menyerahkan sebanyak 240 Pek Makanan kepada KK Mohtar yang mewakili penduduk Kampung Geobilt yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Di samping itu, TBS juga telah menyerahkan sebanyak 14 beg sumbangan kepada Frontliners yang bertugas di kampung tersebut. Pengagihan sumbangan tersebut adalah kerjasama staf TBS Ibu Pejabat, TBS Petra Jaya dan Bela Sempurna Sdn.Bhd.