PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PEK MAKANAN KEPADA PENGHULU HAJI ALI MATSAH MEWAKILI PENDUDUK KPG MUARA TEBAS

KUCHING, 16 Jun 2021, Tabung Baitulmal Sarawak telah menyerahkan sebanyak 293 Pek Makanan kepada Penghulu Haji Ali Matsah mewakili Penduduk Kampung Muara Tebas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Di samping itu, TBS juga telah menyerahkan sebanyak 15 beg sumbangan kepada Frontliners yang bertugas di kampung tersebut. Pengagihan sumbangan tersebut adalah kerjasama staf TBS Ibu Pejabat, TBS Petra Jaya dan Bela Sempurna Sdn.Bhd.