"PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN DI PULAPOL KUCHING"

TBS HQ : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching bermula 16 April 2021 hingga 29 April 2021.
Selaras dengan perintah tersebut, pihak TBS telah menyalurkan bantuan berbentuk Pek Makanan & Air Minuman sebanyak 200 unit kepada wakil warga PULAPOL Kuching pada 17 April 2021.