ZIARAH KASIH ASNAF DAN PENYERAHAN SUMBANGAN PEK MAKANAN KELENGKAPAN SOLAT

TBS SERIAN: Ziarah Kasih Asnaf & penyerahan Sumbangan Pek Makanan dan kelengkapan solat. Turut sama turun padang ialah jalinan kerjasama TBS Cawangan Serian, AJK Masjid Bahagian Serian & Ketua Kaum Kpg. Melayu Tebakang. Penyerahan sumbangan bertempat di Kampung Tebakang, Serian pada 2 April 2021.
📌 “…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Baqarah: 148)