PENYERAHAN BANTUAN PEK MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA WAKIL PENDUDUK KPG BINYU LAMA

"PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN DI KAMPUNG BINYU"
TBS Cawangan Petra Jaya : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Binyu Baru, Samarahan bermula 04 April 2021 hingga 17 April 2021.
Selaras dengan perintah tersebut, pihak TBS telah menyalurkan bantuan berbentuk Pek Makanan & Air Minuman kepada Encik Rudi Bin Samawi mewakili Penduduk Kampung Binyu Lama pada 05 April 2021.
🤲 "… Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami (Allah) membantu orang yang beriman.” (Ar-Rum: 47)