ZIARAH DAN MENYANTUNI KELUARGA EN MAWI BIN IBRAHIM DI KPG SG BEDIL BESAR PETRA JAYA, KUCHING

TBS PETRA JAYA: 6 Mac, Ziarah menyantuni keluarga En. Mawi Bin Brahim untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan adik Nur Aisyah Bin Mawi yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan Bantuan Perubatan untuk membiayai kos pembedahan yang akan dilaksanakan nanti. Keluarga tersebut tinggal di rumah sewa, Lrg. Kapitan Nandak, Kpg. Sg. Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching. Pek Makanan turut diserahkan kepada En.Mawi ,sementara itu bantuan kewangan akan menyusul dalam masa terdekat,Insha Allah. Semoga urusan rawatan dan pembedahan Adik Nur Aisyah dipermudahkan Allah swt.Aamiin.