ZIARAH DAN PENYERAHAN BANTUAN KEPADA KELUARGA PN DARA BT HASAN

TBS PETRA JAYA: 4 Mac 2021, Ziarah dan Penyerahan bantuan kepada keluarga Pn. Dara Binti Hasan, seorang warga emas yang telah kematian suami sejak 20 tahun yang lalu. Kini Pn. Dara dalam keadaan uzur kerana diserang sakit stroke.
Alhamdulillah, setelah mendapat maklumat tentang kepayahan dan kesusahan yang dihadapinya, Squad Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Cawangan Petra Jaya menyantuni keperluan Pn.Dara dengan Pek Makanan dan juga Bantuan Perubatan.
Dengan sumbangan yang dihulurkan oleh Baitulmal Sarawak sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau yang menetap di Kpg. Lintang,Petra Jaya,Kuching.