MENYANTUNI ASNAF DI SIBU

TBS SIBU: 26 Februari 2021, Menyantuni Asnaf berasaskan maklumat daripada Rakan Zakat tentang kedaifan keluarga Ibu Tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, manakala bapa kandungnya kini terlantar di Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ibu tunggal tersebut tidak ada pendapatan untuk menyara keluarga. Keluarga ibu tunggal tersebut kini tinggal menyewa di sebuah rumah kedai di Jalan Tuanku Osman, Sibu. TBS Sibu telah menyalurkan bantuan segera, termasuk Pek Makanan dan Wang Fidyah telah diserahkan sementara memunggu proses bantuan lain seterusnya dalam masa terdekat.Insha Allah.