ZIARAH ASNAF DI BINTANGOR.

TBS SARIKEI: Ziarah keluarga Asnaf, Pn.Nur Nasuha binti Abdullah(Saudara Kita) bertempat di rumah panjang, RH. Riti, Jalan Teck Lee, KJD Sungai Bakong, Bintangor. Pn.Nur Nasuha, merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak yang masih belajar dan tinggal bersama keluarga yang non muslim di rumah panjang tersebut. Pn. Nur Nasuha yang mengidap penyakit asthma dan darah tinggi telah kematian suami pada bulan Ogos 2020 yang lepas. Keluarga tersebut telah mendapat Bantuan JKM sebanyak RM 300.00 sebulan sejak Disember tahun 2020. Dan seterusnya, TBS Sarikei telah bersetuju memberi dan meluluskan Bantuan Saraan Hidup bulanan bagi meringankan beban keluarga tersebut dalam masa yang terdekat-Insha Allah.