ZIARAH DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PEK MAKANAN KEPADA KELUARGA BEKAS IMAM MASJID AL FALAH

TBS SRI AMAN: Ziarah dan menyampaikan Sumbangan Pek Makanan kepada keluarga bekas imam Masjid Al Falah, Kampung Jaong Jaya,Sri Aman. Kedua-dua pasangan suami isteri yang dalam keuzuran dan lanjut usia yang tinggal bersama penghuni di rumah panjang perkampungan Saudara Kita. TBS Sri Aman telah meluluskan bantuan Saraan Hidup bulanan. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak angkat yang masih belajar di UniSHAMS, Kedah dalam Jurusan Syariah dan Undang-Undang dan telah menerima Bantuan Pendidikan Baitulmal Sarawak sejak 2019 hingga kini. Keluarga tersebut juga merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).