ZIARAH IBU TUNGGAL DI KPG TENGAH LINGGA SRI AMAN

TBS SRI AMAN: 8 Februari 2021, Ziarah seorang ibu tunggal yang sakit dan uzur serta masih lagi menerima rawatan susulan di Hospital Sri Aman dan juga Hospital Umum Sarawak di Kuching. Beliau adalah penerima Bantuan JKM dan juga pernah menerima Bantuan Perubatan Baitulmal pada tahun 2018. Dan pada hari ini Pegawai TBS Sri Aman sekali lagi menyantuni beliau yang tinggal bersama anak bongsu dan juga kakaknya, seorang pesara guru bertempat di rumah kediaman mereka, No. 62, Kampung Tengah, Lingga, Sri Aman.