KUCHNG, 14 November 2020, Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) sekali lagi menghulurkan Bantuan Kecemasan; Wang tunai kepada 5 buah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah kediaman di Kpg. Bintawa Ulu, Petra Jaya. Penyerahan bantuan kewangan tersebut telah disempurnakan oleh En. Shukri Bin Samor, Ketua Bahagian Kebajikan TBS pada jam 3.30 petang tadi.
Semoga bantuan kewangan tersebut dapat meringankan beban mereka sekeluarga.