TAKLIMAT KHAS KEPADA MAJIKAN DI BAHAGIAN MIRI

MIRI, 25 September 2020: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menganjurkan 'Sesi Taklimat Kepada Majikan' bertempat di Dewan Komplek Islam Sarawak, Miri. Taklimat khas tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan Portal Majikan yang diwujudkan oleh TBS. Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 74 pegawai dari 51 Majikan ( pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan juga swasta) yang berada di Bahagian Miri.