AKADEMI LATHIAN INSAN (ALI) TBS MENGADAKAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS MENGGUNTING RAMBUT

SIBU, 25 September 2020: Akademi Latihan Insan(ALI) Tabung Baitulmal Sarawak telah menganjurkan Kursus Kemahiran Asas Menggunting Rambut yang berlangsung selama 2 hari, iaitu pada 24 & 25 September 2020. Kursus singkat tersebut telah dihadiri seramai 24 orang peserta dan dikendalikan oleh Think Big Resources Sdn.Bhd. bertempat di Galeri Kompleks Islam Sarawak, Sibu.