Penyerahan Bantuan Kecemasan TBS untuk keluarga mangsa kebakaran di SIBU

SIBU, 20 JUN 2013 - Di atas keprihatinan dan tanggungjawab, YBhg. Datu Haji Abang Mohammad Shibli Bin Haji Abang Mohd.Nailie,Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) sendiri merupakan di kalangan orang yang pertama ke Sibu untuk mendapatkan gambaran awal tentang keperluan mereka. Semasa kunjungan tersebut, belaiu telah menyempurnakan penyerahan Bantuan Kecemasan TBS, antaranya ialah 100 kotak pelbagai makanan asas dan 100 kotak air mineral bagi meringankan bebanan mereka.

Upacara penyerahan sumbangan TBS turut disaksikan oleh YB Dr Annuar,ADUN Nangka dan YB En. Abu Seman, ADUN Jemoreng merangkap Ahli Lembaga Baitulmal dan Wakaf.