TBS SERAH BANTUAN SARAHIDUP

30 Januari – TBS kelmarin telah menyampaikan bantuan sarahidup berupa makanan asas dan kewangan kepada empat (4) orang penerima di Kampung Bungey Debak bertempat di Masjid Darul Solihin, Kampung Bungey Debak. Terlebih dahulu taklimat berhubung wakaf telah disampaikan oleh Encik Wan Alamshah bin Wan Senawi daripada Unit Pembangunan dan Wakaf Ibu Pejabat TBS Kuching seterusnya taklimat perlantikan amil bagi sesi 2011 – 2013 disampaikan oleh Encik Shamsul Bahri bin Manap, Pengurus Cawangan TBS Sri Aman.

 

Hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Kampung Bungey Debak, Abang Abdullah bin Abang Sazali, mantan Pengerusi Masjid Darul Solihin Debak, Tuan Haji Awang Kipli bin Awang Besar, Penyelia KAFA, Abang Salleh bin Abang Ahmad.

 

Pada masa yang sama, TBS telah melawat ke setiap premis masjid dan surau kawasan Debak termasuk kawasan tanah perkuburan Islam bagi melengkapkan dokumentasi wakaf seterusnya memantau keperluan serta peralatan masjid surau terbabit.

 

Pengurus Cawangan dalam pada itu menegaskan supaya pelajar lepasan SPM dan STPM yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi supaya memohon borang Bantuan Kemasukan ke IPT di pejabat TBS terdekat. Bantuan juga boleh didapati terus secara online melalui laman sesawang – http://www.tbs.org.my

 

Justeru, bantuan tersebut menurut beliau lagi dikhususkan kepada golongan fakir miskin yang mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi.