MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK

 

 

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK

(MAJLIS ISLAM SARAWAK)

 

Pejabat Agihan, Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmal

Jalan Haji Mohammad Kassim, Kuching

Pada: 14 April 2011M / 10 Jamadilawal 1432H

 

KUCHING, 14 April - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan Dana Zakat berjumlah RM24,672.00 kepada 16 orang penerima (individu dan organisasi) yang merangkumi Bantuan Kelengkapan Asas Masjid Dan Surau sejumlah  RM11,640.00 (6 penerima), Bantuan Untuk Aktiviti Keagamaan Dan Keraian Islam sejumlah RM5,232.00 (4 penerima), Bantuan Seminar Bengkel Pendidikan Pelajar sejumlah RM3,600.00 (3 penerima), Bantuan Kepada Badan-Badan Kebajikan dan Organisasi Untuk Kerja Kemasyarakatan sejumlah RM2,800.00 (2 penerima) dan Bantuan Am Bagi Program Mengukuhkan Institusi Islam  sejumlah RM1,400.00 (1 penerima).

 

Upacara penyerahan kepada para penerima bantuan tersebut disempurnakan oleh Encik Bolhassan Iskandar Taibi, Timbalan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak.

 

Pada tahun 2010, TBS telah mengagihkan bantuan sejumlah RM24,063,476.56 melalui Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Mengukuhkan Kebajikan Ummah (PMKU), Program Mengukuhkan Institusi Islam (PMII), Pengurusan Operasi, Biro Perkhidmatan Pendidikan dan Pengurusan Pusat Penerangan Islam.

 

Bagi tujuan pengagihan bantuan Baitulmal, Borang Bantuan TBS boleh dimuat turun dengan melayari www.tbs.org.my.