DAKWAH FARDHIAH ZAKAT PENDAPATAN

TBS SARIKEI: Dakwah Fardhiah Zakat Pendapatan bertempat di Hospital Daerah Saratok pada 5 Mac 2021.
Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada Zakat Harta ataupun Zakat Maal yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.
Dan Kefardhuan Zakat telah diwajibkan ke atas umat Islam sejak tahun ke- 2 Hijrah, iaitu sama tahun dengan kewajipan Puasa Ramadhan.
Antara syarat-syarat asas kewajipan Zakat ialah:
1.Islam
2.Sempurna Milik
3.Cukup Nisab(nisab terkini:RM20,440.68)
4.Cukup Haul/genap setahun.
*Zakat itu ringan, Ringan di dunia namun Berat di Akhirat.