MAJLIS PENYERAHAN RASMI PEJABAT AGAMA ISLAM BAHAGIAN SERIAN DAN PEJABAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK, CAWANGAN SERIAN

SERIAN, 31 DISEMBER – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengadakan majlis penyerahan rasmi Pejabat Agama Islam Bahagian Serian dan Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak, Cawangan Serian dan yang telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Yang Berbahagia Datu Misnu bin Haji Taha.
Pejabat cawangan adalah sebagai satu usaha untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan di samping mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada masyarakat yang memerlukan khususnya kepada masyarakat Islam yang berada di sekitar Serian.Butiran bagi pejabat-pejabat tersebut adalah seperti berikut:
Nama Pejabat : Pejabat Agama Islam Bahagian Serian
Alamat : Sublot 31 & 32, Parent Lot 666,
Serian town District,Serian By Pass Road,94700, Serian, Sarawak
Tarikh Beroperasi : 5 Januari 2021
Nama Pejabat : Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak, Cawangan Serian
Alamat : Sublot 29, Parent Lot 666,
Serian town District,Serian By Pass Road,94700, Serian, Sarawak
Tarikh Beroperasi : 4 Januari 2021