Ceramah Zakat di Surau Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Tabung Baitulmal mempersilakan Tuan/Puan untuk mengimarahkan majlis ilmu (Ceramah Zakat) di Surau Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama pada 22 Januari 2014 bersamaan 20 Rabiulawal 1435H di antara waktu Maghrib dan Isya'. Penceramah adalah Ustaz Hj Fadlullah Abdullah, Pemangku Ketua Unit Kanan, Unit Perhubungan (Dakwah) Tabung Baitulmal Sarawak dan juga Ust Hj Bolhi Hj Lohor, Penceramah Jemputan. Kehadiran anda adalah keutamaan kami.