Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013

Tabung Baitulmal Sarawak bakal menganjurkan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013, bertempat di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula 21 Disember 2013 sehingga 22 Disember 2013. Majlis akan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak. Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ini nanti. Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuklah Konvoi Kembara Zakat, Workshop Wanita, Workshop Pelajar Sekolah, Workshop belia, Kuiz dan sebagainya. Dapatkan pengalaman yang mengujakan bersama kami.

" Baitulmal Tanggungjawab Kita Bersama"