Penyerahan Zakat Perniagaan Harwood Timber Sdn.Bhd.

KUCHING, 11 April - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menerima pembayaran Zakat Perniagaan Harwood Timber Sdn.Bhd. berjumlah RM100,000.00 bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijriah bertempat di Pejabat YAB Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching. Zakat tersebut telah diserahkan kepada YAB Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak.