Penyerahan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir di Pusat Pemindahan SK Kpg. Iran, Niah, Miri

MIRI, 30 DISEMBER - Tabung Baitulmal Sarawak telah menyerahkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Kpg. Iran, Niah, Miri. Terdapat 11 keluarga di tempatkan sementara di pusat tersebut. Turut bersama semasa penyerahan bantuan tersebut ialah Temenggung Hj Abdul Rahman Fadzail dan Kk Bustani.