Zakat Anda disalurkan kepada yang layak

KUCHING, 19 JULAI : Pemohon En. Ali b Abang Dondang No. 1921 Kg. Rampangi Fasa 1, Jln Santubong Kuching berstatus kahwin anak seorang dan tiada mempunyai pendapatan tetap lebih-lebih lagi selepas beliau sakit tiada mampu kerja yang hanya bekerja kebun kecilan saja. Semasa siasatan pada 19 Jul 2013 didapati beliau baru keluar HUS Kuching kerana sakit Stroke dan hanya mampu berbaring dan saraannya sekerluarga terpaksa ditanggung oleh isterinya warga Indonesia yang hanya berjual kueh dan sedikit jualan barang produk Indonesia dengan pendapatan yang tidak menentu. Selama beliau sakit saraan sekeluarga beliau juga disumbang oleh adik beradiknya yang juga ada tanggungjawab masing-masing, Pemohon tiada mendapat bantuan lain dan bagi anaknya yang bersekolah di tingkatan 2 juga tiada bantuan manakala rumah beliau rumah PPRT yang dibina 5 tahun yang lepas. Bagi meringankan beban pemohon akibat kehilangan sumber pendapatan setelah sakit stroke TBS meluluskan bantuan Sarahidup Bulanan